Cinasia
Kayu – 26 Ramadhan 1429 / 26 September 2008
Malaysia akan dipindah milik dari Bangsa Melayu kepada Bangsa Cina, dan kemungkinan besar negara ini akan ditukar nama kepada Cinasia. Sabah dan Sarawak pula akan keluar dari kerajaan persekutuan dan menubuhkan sebuah negara tersendiri. Ini diikuti pula dengan penyatuan semula Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu.
Teman pasti ramai individu merasa marah tak terhingga dengan andaian ini. Tetapi seperti yang teman katakan, ianya adalah sekadar andaian sahaja; tidak lebih dari itu. Tetapi jika dikaji balik sejarah negara kita, pergerakan politik dari dahulu sehingga sekarang lebih menjurus kepada mengiakan apa yang teman andaikan awal tadi; kearah pembentukan Cinasia.
Tetapi tulisan teman bukan hendak menyalahkan bangsa Cina kerana kejayaan usaha gigih mereka, lebih kepada sekadar menulis kembali sejarah yang dipadamkan. Mana ada bangsa yang tidak mahu berkembang, dan mana ada bangsa yang tidak mahu menjajah bangsa lain jika ada kesempatan dan kelebihan. Itulah yang dinamakan “survival of the smartest”. Dan juga ingin melihat reaksi bangsa Melayu apabila kehancuran semakin hampir.
Adakah Melayu akan bangun dengan memperbetulkan prinsip perjuangan mereka secara Islam dan aman? Atau adakah mereka akan “memberontak” seperti peristiwa 13 Mei 1969 dengan menyalahkan bangsa Cina? Atau adakah Melayu akan terus diam dan hilang di dunia.
Penerimaan Cina sebagai warganegara
Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on special Previleges" dalam pada 30 April 1969, berkata:
"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”
Semasa British dan Melayu berunding kemerdekaan kepada Semenanjung Tanah Melayu, British meletakkan syarat supaya Melayu menerima kesemua bangsa lain yang ada di Semenanjung Tanah Melayu sebelum Pernag Dunia Kedua. Bangsa- bangsa ini adalah Cina, India, Singh, Baba Nyonya, Portugis, Jawa Indonesia, Bugis Indonesia dan yang lain-lainnya. Melayu bertindak melebihi kehendak British dengan memberi satus bumiputra kepada Baba Nyonya dan keturunan Portugis. Melayu memang pemurah.
Dengan bermodalkan MERDEKA, Melayu menjual maruah diri dan ibu pertiwi, sekadar untuk merobek harta kekayaan di bumi sendiri buat kepentingan Melayu-melayu bangsawan atau terpilih. Yang lebihnya seperti kita merempat dibumi sendiri, bukan kerana tidak berusaha; tetapi kerana tahu membezakan halal dan haram, apa itu syurga dan neraka, apa itu hak dan khianat.
Bangsa Cina berkembang
Cina berkembang bukan sekadar dari segi ekonomi, tetapi dari segi populasi terutamanya. Jika dilihat pertambahan peratusan penduduk Semenanjung Tanah Melayu dari awal 1890 ke 1900, jumlah Bangsa Cina meningkat pada kadar 83% berbanding Melayu 35%. Manakala dari 1800 ke 1900 Bangsa Cina meningkat dari 3% kepada 25% dari jumlah penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Manakala pada 1948, 60% dari penduduk Negeri Selangor dan Pulau Pinang adalah Bangsa Cina manakala Melayu sekitar 30% sahaja.
Bangsa Cina masih lagi berusaha untuk menambah jumlah mereka kepada “comfortable number” untuk menjadikan Melayu bukan lagi bangsa majoriti di Malaysia (bawah 50%). Bangsa Cina telah berjaya melakukan strategi ini apabila berjaya menjajah dan mendapat hak ke atas Singapura secara aman dari Melayu pada tahun 7 Ogos 1965. Melayu memang pemurah.
Walhal, pada awal 1820 Singapura terdiri daripada 75% Bangsa Melayu dan 23% Bangsa Cina. Dengan pergerakan yang sistematik dan terancang; termasuk bantuan dari British dari segi ekonomi dan penempatan; Singapura telah berjaya dijajah oleh Bangsa Cina tanpa menembak sebutir peluru pun.
Persoalannya, adakah mustahil strategi yang sama akan dilakukan di Malaysia? Ianya sudah berlaku di tempat lain, maka kemungkinan untuk Malaysia bertukar nama masih ada.
Kerjasama dengan bangsa lain
Rakyat sudah maklum bahawa bancian yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengatakan bahawa taburan penduduk Malaysia adalah Melayu-53%, Cina-26%, Asli-11.8%, India-7.7% dan lain-lain-1.2%. Bangsa lain hanya memerlukan 4 peratus sahaja lagi untuk menjadi penduduk majoriti. Rakyat juga sudah maklum bahawa Melayu-53% ini termasuklah India Islam, Cina Islam, Bangsa lain Islam. Jika dikira balik kemungkinan besar Melayu sudah menjadi minoriti dibumi sendiri.
Teman yakin, Bangsa Cina sudah menghidu peluang ini sudah sekian lama; hanya waktunya sahaja belum tiba untuk mereka bertindak. Bayangkan jika kesemua bangsa bukan Melayu di Malaysia bertindak sebagaimana Bangsa Yahudi pernah bertindak di bumi Palestin.
Mereka bersatu dibawah satu kumpulan yang diketuai oleh Bangsa Cina dan membuat petisyen kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Bahawa mereka telah menguasai 80% ekonomi ini, dan sebahagian besar dari hak tanah keatas Malaysia, terutamanya Semenanjung Tanah Melayu. Adakah mustahil untuk Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) meluluskan petisyen mereka. Sejarah telah membuktikan ianya pernah berlaku, mengapa tidak di kemudian hari?
Dengan penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan UMNO atas nama Melayu kepada bangsa lain, teman melihat adalah tidak mustahil perkara ini akan berlaku. Mungkin mereka tidak akan mendapat keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, tetapi tidak mustahil untuk mereka mendapat satu atau dua negeri; contohnya Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Sabah dan Sarawak pula akan keluar dari Malaysia dan menjadi negara merdeka yang baru. Jika Melayu masih juga tidak sedar, mungkin di masa akan datang keseluruhan saki baki negeri di Semenanjung Tanah Melayu akan menjadi milik bangsa lain yang diketuai oleh Bangsa Cina. Bila rentetan kejadian diatas terus berlaku, kemungkinan Singapura untuk bergabung dengan Malaysia tersangatlah cerah. Cuma pada masa itu, mungkin namanya sudah ditukar ke Cinasia.
Mejoh