Friday, September 26, 2008

Cinasia

Kayu – 26 Ramadhan 1429 / 26 September 2008

Malaysia akan dipindah milik dari Bangsa Melayu kepada Bangsa Cina, dan kemungkinan besar negara ini akan ditukar nama kepada Cinasia. Sabah dan Sarawak pula akan keluar dari kerajaan persekutuan dan menubuhkan sebuah negara tersendiri. Ini diikuti pula dengan penyatuan semula Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Teman pasti ramai individu merasa marah tak terhingga dengan andaian ini. Tetapi seperti yang teman katakan, ianya adalah sekadar andaian sahaja; tidak lebih dari itu. Tetapi jika dikaji balik sejarah negara kita, pergerakan politik dari dahulu sehingga sekarang lebih menjurus kepada mengiakan apa yang teman andaikan awal tadi; kearah pembentukan Cinasia.

Tetapi tulisan teman bukan hendak menyalahkan bangsa Cina kerana kejayaan usaha gigih mereka, lebih kepada sekadar menulis kembali sejarah yang dipadamkan. Mana ada bangsa yang tidak mahu berkembang, dan mana ada bangsa yang tidak mahu menjajah bangsa lain jika ada kesempatan dan kelebihan. Itulah yang dinamakan “survival of the smartest”. Dan juga ingin melihat reaksi bangsa Melayu apabila kehancuran semakin hampir.

Adakah Melayu akan bangun dengan memperbetulkan prinsip perjuangan mereka secara Islam dan aman? Atau adakah mereka akan “memberontak” seperti peristiwa 13 Mei 1969 dengan menyalahkan bangsa Cina? Atau adakah Melayu akan terus diam dan hilang di dunia.

Penerimaan Cina sebagai warganegara

Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on special Previleges” dalam pada 30 April 1969, berkata:

“Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir  100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”

Semasa British dan Melayu berunding kemerdekaan kepada Semenanjung Tanah Melayu, British meletakkan syarat supaya Melayu menerima kesemua bangsa lain yang ada di Semenanjung Tanah Melayu sebelum Pernag Dunia Kedua. Bangsa- bangsa ini adalah Cina, India, Singh, Baba Nyonya, Portugis, Jawa Indonesia, Bugis Indonesia dan yang lain-lainnya. Melayu bertindak melebihi kehendak British dengan memberi satus bumiputra kepada Baba Nyonya dan keturunan Portugis. Melayu memang pemurah.

Dengan bermodalkan MERDEKA, Melayu menjual maruah diri dan ibu pertiwi, sekadar untuk merobek harta kekayaan di bumi sendiri buat kepentingan Melayu-melayu bangsawan atau terpilih. Yang lebihnya seperti kita merempat dibumi sendiri, bukan kerana tidak berusaha; tetapi kerana tahu membezakan halal dan haram, apa itu syurga dan neraka, apa itu hak dan khianat.

Bangsa Cina berkembang

Cina berkembang bukan sekadar dari segi ekonomi, tetapi dari segi populasi terutamanya. Jika dilihat pertambahan peratusan penduduk Semenanjung Tanah Melayu dari awal 1890 ke 1900, jumlah Bangsa Cina meningkat pada kadar 83% berbanding Melayu 35%. Manakala dari 1800 ke 1900 Bangsa Cina meningkat dari 3% kepada 25% dari jumlah penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Manakala pada 1948, 60% dari penduduk Negeri Selangor dan Pulau Pinang adalah Bangsa Cina manakala Melayu sekitar 30% sahaja.

Bangsa Cina masih lagi berusaha untuk menambah jumlah mereka kepada “comfortable number” untuk menjadikan Melayu bukan lagi bangsa majoriti di Malaysia (bawah 50%). Bangsa Cina telah berjaya melakukan strategi ini apabila berjaya menjajah dan mendapat hak ke atas Singapura secara aman dari Melayu pada tahun 7 Ogos 1965. Melayu memang pemurah.

Walhal, pada awal 1820 Singapura terdiri daripada 75% Bangsa Melayu dan 23% Bangsa Cina. Dengan pergerakan yang sistematik dan terancang; termasuk bantuan dari British dari segi ekonomi dan penempatan; Singapura telah berjaya dijajah oleh Bangsa Cina tanpa menembak sebutir peluru pun.

Persoalannya, adakah mustahil strategi yang sama akan dilakukan di Malaysia? Ianya sudah berlaku di tempat lain, maka kemungkinan untuk Malaysia bertukar nama masih ada.

Kerjasama dengan bangsa lain

Rakyat sudah maklum bahawa bancian yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengatakan bahawa taburan penduduk Malaysia adalah Melayu-53%, Cina-26%, Asli-11.8%, India-7.7% dan lain-lain-1.2%. Bangsa lain hanya memerlukan 4 peratus sahaja lagi untuk menjadi penduduk majoriti. Rakyat juga sudah maklum bahawa Melayu-53% ini termasuklah India Islam, Cina Islam, Bangsa lain Islam. Jika dikira balik kemungkinan besar Melayu sudah menjadi minoriti dibumi sendiri.

Teman yakin, Bangsa Cina sudah menghidu peluang ini sudah sekian lama; hanya waktunya sahaja belum tiba untuk mereka bertindak. Bayangkan jika kesemua bangsa bukan Melayu di Malaysia bertindak sebagaimana Bangsa Yahudi pernah bertindak di bumi Palestin.

Mereka bersatu dibawah satu kumpulan yang diketuai oleh Bangsa Cina dan membuat petisyen kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Bahawa mereka telah menguasai 80% ekonomi ini, dan sebahagian besar dari hak tanah keatas Malaysia, terutamanya Semenanjung Tanah Melayu. Adakah mustahil untuk Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) meluluskan petisyen mereka. Sejarah telah membuktikan ianya pernah berlaku, mengapa tidak di kemudian hari?

Dengan penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan UMNO atas nama Melayu kepada bangsa lain, teman melihat adalah tidak mustahil perkara ini akan berlaku. Mungkin mereka tidak akan mendapat keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, tetapi tidak mustahil untuk mereka mendapat satu atau dua negeri; contohnya Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Sabah dan Sarawak pula akan keluar dari Malaysia dan menjadi negara merdeka yang baru. Jika Melayu masih juga tidak sedar, mungkin di masa akan datang keseluruhan saki baki negeri di Semenanjung Tanah Melayu akan menjadi milik bangsa lain yang diketuai oleh Bangsa Cina. Bila rentetan kejadian diatas terus berlaku, kemungkinan Singapura untuk bergabung dengan Malaysia tersangatlah cerah. Cuma pada masa itu, mungkin namanya sudah ditukar ke Cinasia.

Mejoh

Posted by Mejoh at 08:49:18 | Permalink | Comments (2)

Wednesday, September 24, 2008

The Lesser Evil Devil

Wood - 21 Ramadhan 1429 / 22 September 2008

Can a lesser evil among a group of devil be our leader? Seems the answer is “yes” for UMNO/BN. Not once did people pay attention to this until Dr Asri reiterated the issue during his talk earlier this month. I quote this from Dr Asri to the best I can remember from what I heard myself.

“These days in our country, when they want to elect a leader. They no longer will elect a good leader, but they will elect the lesser evil from a group of devils”
“Hari ini di negara kita, bila mereka hendak melantik ketua. Mereka bukan lagi melantik ketua yang baik, tetapi mereka akan lantik mereka yang kurang jahat dari yang kumpulan jahat”

Isn’t that interesting? To whom do you think this statement was directed to if none other than UMNO/BN. Who do you think are the lesser evil devils from a group of devils. Let me remind you reader that in UMNO/BN group, there are no such thing as angelic leader; they extinct in the early 80’s. Now UMNO/BN have only a bunch of tailed devils roaming inside the party while the angelic leaders were disowned for putting people first compared to UMNO/BN and personal greed. These good leaders in UMNO/BN also known as “the bodoh one”(not Bodohwee) or “jenis tolak rezeki” or “tak tau nak ambil kesempatan” by the devils in UMNO/BN.

The List
The interesting thing here would be to identify the lesser evil in UMNO/BN that might be our leader soon. It would be even more interesting to identify the full scale devil for we surely don’t want them to be our leader. Let us go through the list first. 

Good Leader

Lesser Evil Devil Leader

Full Scale Devil Leader

Record not found

TSMY

DSNTunR

No items match

DSDrRY

DSMSA

Object not found

TRH

DSHTunH

Your search did not match any individual

 

DSMAR

Zero results

 

DAZH

 

 

DSAAB

 

 

TSMIAS

 

 

DSSK

 

 

TSMMT

 

 

DSSHA

 

 

DSMKN

 

 

TMM


What do you think? I think I got almost the entire devils list, especially the one vying for top post in UMNO/BN this coming december; claimed to be the saviour for mankind (UMNO kind) and human race (Malay Race).

In reality
None of them we want as a leader to lead our nation. How can a lesser evil among the devils are considered acceptable? Just have a good look at TMM (previously known as DSMM) and DSAAB. They were the lesser evil when the first took the helm, but eventually the join the bandwagon of the full scale devil simply for political survival. In order for the lesser evil devil remain their status quo as the devil in charge, they have to make a full swing and become the devil himself. We had seen this happen in too many of our leaders.

They step in with Bersih, Cekap, Amanah and Cemerlang, Gemilang, Terbilang. By the second term they in charge, they are a changed man. This scenario applicable to all level of UMNO/BN hierarchy, be it for the top post, or PEMUDA, WANITA, Cawangan, Negeri or JKKK post; you can see corruption written all over it. The lesser evil devil will eventually succumb to the pressure because he/she need the support from the full scale devils to maintain the status quo.

Who suffer?
Who else if not us the citizen. We have to live well below our actual standard simply to cater for their luxurious living. Just open our eyes and look at all of our ministers, politicians, ketua polis, ketua this and that. They are filthy rich! And where do you think the money come from; definitely from our pocket. They rob not just us, but our earlier generation and children as well. Shame on us if we let this happen again and again.

As an excuse, we were given our neighbouring country as a comparison, even worse a third world country as a comparison to our well being. My question would be; why compare Malaysia with Indonesia, Thailand, Venezuela, Philippine and all. Why not take countries that suffer even worse than us during Second World War; like China, Japan, Germany, Sweden, Hong Kong and Korea.

Lesser Evil
Going back to the question, clearly we can conclude that there is no way a lesser evil from a group of devil can be a good leader. Now, the only person happy with the condition of our political climate is the devil himself. Which devil I am referring to? You go figure.


Posted by Mejoh at 08:36:07 | Permalink | Comments (3)

Thursday, September 11, 2008

Melayu Bacul

Kayu – 9 Ramadhan 1429/10 September 2008

Teman berpendapat, kebanyakan pengundi Melayu yang masih mengundi UMNO/BN(Babi Nasional mengikut setengah pendapat) adalah Bangsa Melayu bacul.

Mereka-mereka yang hidup dan mengalami zaman perang dunia atau kebangkitan politik mungkin boleh dikecualikan kerana mereka mengundi UMNO lebih kepada semangat sentimental, berbanding dengan keupayaan sebenar UMNO. Di jiwa mereka hanya ada UMNO, kerana pada masa itu hanya UMNO yang nampak jelas dan nyata berbanding dengan PAS, KMM dan yang lain-lain.

Juga mereka memandang “tinggi” kepada Rahman, Razak, Hussein, Mahathir dan Abdullah sebagai warga elit atau kelas atasan. Mereka masih ditakuk lama dengan prinsip, “siapalah kita, mereka itu orang terpelajar dan lebih tahu dari kita. Biarkan mereka buat kerja mereka. Lagipun kalau kita tak undi mereka, apa akan jadi pada bangsa Melayu kita”; mereka-mereka ini boleh dimaafkan.

Hari ini teman ingin bercerita lebih kepada generasi pra merdeka atau pun mereka yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa dizaman Hussein Onn, Ibrahim Yaacob, Chin Peng, Ahmad Boestaman dan yang lain-lain berjuang untuk kemerdekaan. Teman sekadar ingin bertanya kepada mereka; Menagapakah anda masih mengundi UMNO?

1.      Penguasaan Ekonomi Melayu Masih Dibawah 20% semenjak 1957 – 2008

Apakah alasan anda untuk memberi amanat kepada sekelompok manusia yang mempunyai ideologi dan perangai yang sama untuk mengubah sesuatu yang mereka telah gagal lakukan semenjak 51 tahun yang lalu?

Mereka hanya berjaya menjadikan diri mereka atau orang-orang yang berkepentingan kepada mereka lebih kaya dari sedia ada. Tahukah anda, 18% kuasa ekonomi Malaysia yang dikuasai oleh orang Melayu terletak di kocek 2% orang Melayu(UMNO). Yang selebihnya diberikan kepada kita untuk mmengemis dibumi sendiri.

Mana mungkin ketua polis yang orang semua tahu akan jumlah gajinya boleh mempunyai rumah bak istana dan kereta mewah menjalar. Mana mungkin ahli parlimen yang gajinya tak sampai RM10,000 boleh mampu beli rumah banglo harga jutaan ringgit. Mana mungkin pegawai atasan kerajaan seperti Ketua Pengarah(orang UMNO belaka) yang gajinya tak sampai RM30,000 boleh ada banglo 4 dan 5 biji;termasuk kereta mewah 5 dan 6 biji. Mana mungkin?

Apakah anda memerlukan lagi alasan untuk tidak mengundi si bangsat-bangsat ini?

2.      Tahap Pelajaran/Kelulusan Melayu Yang Masih Rendah semenjak 1957 - 2008

Bila kita lihat negara-negara yang telah mencapai kemajuan secara mendadak walau telah musnah akibat peperangan seperti Jerman, Jepun, Belanda, Sweden, Korea dan China; ianya adalah kerana sistem pelajaran(terutamanya di peringkat sekolah menengah dan universiti) mereka rata-rata menggunakan bahasa ibunda mereka unntuk tujuan pemahaman yang lebih efektif.

Melayu UMNO masih gah dengan Bahasa Inggeris si penjajah dengan alasan ianya bahasa antarabangsa; walhal Bahasa Inggeris dipilih oleh Melayu UMNO lebih kepada sifat riak dan takabur kerana pada mereka Bahasa Inggeris adalah bahasa kelas atasan yag layak untuk mereka.

Hanya mereka yang gila, tamakkan kuasa dan tidak mahu bangsa sendiri lebih maju dari sendiri sahaja yang akan meneruskan polisi sebegini. Seorang “negarawan” go to the extra mile untuk memastikan Melayu terus mundur apabila Sains dan Matematik diperingkat sekolah mesti diajar dalam Bahasa Inggeris. Apa kejadahnya motif lahanat ini?

Kesannya sangat jelas dari dulu lagi, tetapi tiada langkah pemulihan dilakukan kerana Melayu UMNO tidak mahu ada Melayu lain lebih maju dari mereka; bimbang kuasa mereka “dirampas”. Walhal yang diberikan bukan kuasa; tetapi amanat.

Adakah anda masih memerlukan alasan lain untuk tidak mengundi banjingan-banjingan ini?

3.      Tahap Pemikiran Melayu masih ditakuk lama sebagai bangsa lemah tidak terbela jika UMNO tidak berkuasa; mana mungkin harta sebagai ganti pembelaan.

Persoalannya sekarang lebih kepada terbelakah nasib Melayu di bawah UMNO?

UMNO berlagak seperi samseng dengan berkehendakkan imbuhan keatas “pembelaan” yang diberikan. Mereka ini saling tak tumpah seperti sialan jalanan yang memeras ugut bangsa sendiri atas nama “perlindungan” kononnya.

Tok nenek dan ibu bapa kita, termasuk kita lagi telah dibrainwash oleh UMNO; Melayu itu lemah dan perlukan “perlindungan” dan “pembelaan” dari UMNO. Melayu diberi segala macam “pembelaan” seperti

a.       ASB/ASN/Tabung Haji/Bank Rakyat dengan pulangan tinggi

b.      7% diskaun untuk pembelian hartanah

c.       Lebih tempat di pusat pengajian

d.      Dana perniagaan dan macam-macam lagi

Tetapi orang lupa, untuk mendapatkan kesemua keistimewaan yang diberikan kepada Melayu oleh UMNO, terlebih dahulu Melayu perlu ada kuasa ekonomi.

Tanpanya, tiada erti pulangan ASB atau Tabung Haji  sebanyak 12% kalau simpanannya ada RM300.

Apa guna diskaun 7% untuk rumah berharga RM250,000 jika rumah RM100,000 pun tak mampu nak beli.

Apa guna lebih tempat disediakan dipusat pengajian tinggi, jika nak hantar anak pergi sekolah menengah pun masih ada Melayu yang tidak mampu.

Apa guna dana perniagaan disediakan hingga berbilion ringgit, jika tiada ilmu atau pengetahuan untuk memulakannya.

Penyudahnya, kesemua “pembelaan” yang UMNO berikan pada bangsa Melayu, untungnya datang kepada mereka.

Hanya Melayu UMNO sahaja yang simpan duit sampai tahap maksimum RM300,000 di dalam ASB, RM100,000 dalam ASB untuk meraih dividen; habis nama anak cucu cicit buyut digunakan untuk meraih kekayaan negara yang kononnya milik Melayu.

Hanya Melayu UMNO sahaja yang dapat mendapat keuntungan diskaun 7% bila membeli rumah harga RM1 juta dan RM2 juta hasil duit haram yang mereka kumpulkan.

Lebih keji lagi, Melayu UMNO ini menuntut supaya anak-anak mereka diberikan pinjaman atau biasiswa untuk melanjutkan pelajaran keluar Negara.

Melayu UMNO ini juga memutarbelitkan kertas kerja untuk mendapat dana untuk memulakan perniagaan, yang mana kemudiannnya duit itu mereka masuk terus dalam poket sendiri.

Cukuplah sudah alasan teman berikan untuk anda tidak mengundi si UMNO petualang dan pengkhianat bangsa ini.

Penyudah

Cukuplah tuan-tuan dan puan-puan. Kesedaran yang macam mana lagi perlu diberikan pada anda supaya berhenti mengundi UMNO/BN.

mejoh

Posted by Mejoh at 07:11:26 | Permalink | Comments (5)